Salam Sejahtera

Sat, 17 Nov 2012 17:20:41 SGT oleh pentadbir, 2720 tontonan

MINYAK URUT

Jenama ~ Minyak Aroda Tradisi Melayu®

 

Minyak urut serbaguna ini dihasilkan mengikut turun-temurun Orang-orang Melayu
 


Penghasilan minyak urut ini melalui pembikinan mengikut petua dan adat resam orang-orang Melayu dahulu kala. Petua disini bermakna cara atau teknik pembuatannya seperti tahap suhu pemanasan, campuran sukatan bahan-bahannya dan sebagainya, untuk menghasilkan minyak urut yang sama mutunya seperti semasa ia diperkenalkan pada zaman dahulu. Hanya dengan cara begini sajalah yang dapat kita kekalkan sebaik mungkin warisan budaya yang tulen.

Dimaklumkan bahawasanya Minyak Aroda Tradisi Melayu - minyak urut serbaguna ini - tidak dijampi sama sekali kerana ianya bertujuan untuk diedarkan kepada masyarakat umum tidak kira bangsa atau agama para-pemakainya. Maka dengan itu, tiada pantang larang yang diperkenakan keatas penggunaan minyak urut ini.

 

Arus Pemodenan dan Penerimaan Orang-orang Zaman Baru
 


Bagi menyesuaikan selera para pengguna di zaman baru ini yang peka terhadap bau-bauan selain mutu yang terjamin asli, minyak urut ini telah menjalani sedikit 'pembaharuan' untuk mempertambahkan nilai mutu yang sedia ada tanpa mengubah asas petua pembikinan minyak tersebut sama sekalipun. 'Pembaharuan' yang dimaksudkan itu ialah hanya ditujukan kepada pembasmian atau pengurangan bauan minyak kelapa dan daun aroda sahaja. Hasilnya, terciptalah sejenis minyak aroda yang pertama di pasaran yang dapat memberikan bauan nyaman dan menyenangkan kepada para penggunanya. Maka dengan ini, ianya akan dapat diterima sambutan yang lebih meluas daripada semua lapisan masyarakat untuk mereka mencuba sambil menikmati khasiat dan kerberkesanannya.

 

Guna cara
 


Minyak Aroda Tradisi Melayu ini adalah minyak urut serbaguna untuk pelbagai kegunaan seperti contoh yang dinyatakan pada berikutnya. Selain kegunaan sebagai minyak urut, ia juga boleh dianggap sebagai minyak sapu. Sesuai untuk dewasa, remaja, kanak-kanak mahupun bayi.

 

Minyak urut umum

Sengal-sengal sendi, tulang atau anggota badan lain

Sakit pinggang/belakang

Salah urat, sakit/senak/kembung perut

Kekejangan otot

dsbg...


 

Bahan-bahan Yang Selamat
 


Sukacita dimaklumkan bahawa Minyak Aroda Tradisi Melayu menggunakan bahan-bahan asas yang semulajadi dan yang bernilai taraf pemakanan supaya ia senantiasa selaras dengan kawalan pemerintahan setempat.

 

Terdahulu kami ingin mengucapkan Selamat Mencuba dan Terima Kasih kepada para pengguna Minyak Aroda Tradisi Melayu semoga ia serasi dan mujarab dengan anda.